Salam Aildilfitri..Maaf Zahir & Batin..  

Posted by: Eisyaa


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum sume....

Alhamdulillah..syukur coz masih lg bertemu ramadhan yg
dah nak smpai ke penghujung nih..erm..dah nak raya..x sabar rasenyer nk balik kg nih..ade lg 2 ari nak balik..huhu..sume membe2 dah balik..tggl la syaa sorg2 kat umah sewa nih..:-( hmm...sdey lak dgr lagu raya nih..hehe..dok sorg2 lyn lagu raye la..haha..hmm..boring+sdey...Tp kan ,kalo dok cni (shah alam), x rase sgt feel nak raya nih..balik kg baru best..barula ader feel raya kan..huhu..best sgt2...(^_^)

Oklah..straight to da point..Di kesempatan nih, syaa nk wish
salam lebaran untuk sume sahabat2 seperjuangan yg mengenali syaa..Ampun dan maaf dipinta seandainya sepanjang perkenalan n persahabatan kita,syaa ade terkasar bahasa,slh ckp ke,n ade yg menyakitkan hati ke..yg menyinggungkan p'saan ke..maaf ye semua..0-0 tau..Kepada sahabat2 syaa yg berada di perantauan,wish u all salam aildilfitri n kuatkan semangat perjuangan kalian ye..walopun x dpt beraya di kg,bykkan sbar n doa ..insyaAllah..pasni ade rezeki leh gak beraya di kg..erm..jauh di mata..tp dekat dihati..cam TV9 tuh,,hehe..wat iklan jap..:-p

kt cni syaa kasi duit raye utk sume yek..jgn rebut2..sume dpt..hehehe..:-p

p/s--->> jemputla ke rumah di hari lebaran nanti yek..(^_^)

Catatan Diari..version 2.0..(^_^)  

Posted by: Eisyaa

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum sume....

Alhamdulilah..syukur sgt2 coz Allah still bg syaa bertemu Ramadhan yg ke-22..insyaAllah..(^_^)
Hmm..baru lpas sahur nih..tp mata x ngantuk pun..so, syaa bebel la kt cni jap..hehe..leh ilgkan bowink..erm..lagi 9 ari jerk nk raya nih..x sabar rasenye nk blik kg..huhu...hmm.
Tp rase cam sdey coz Ramadhan dah nak sampai ke penghujung...:-( hopefully tahun dpan syaa dpt bertemu lg ngan bulan yg pnuh kemuliaan & keberkatan nih..insyaAllah..(^_^)














Ya Allah.sediakan bagiku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu..Berilah aku petunjuk dengan ajaranMu..
Bimbinglah aku menuju keredhaanMu yang penuh dgn kecintaanMu..

Ya Allah.bukakan bagiku pintu-pintu syurga..dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka..Berikanlah kekuatan kepadaku untuk meneruskan perjuangan yg masih belum selesai ini..insyaAllah..Amin..3x...

Okla..smpai cni dlu..len kali bebel lg..hehe..wsalam..

Catatan Diari..version 1.0..(^_^)  

Posted by: Eisyaa

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum sume...

Ngantuknyer...skg baru jek kol 11.45pm..np eh ngantuk sgt2 nih..hukhuk..tuh la..mam ubat je kje ari nih..huhu..penat gak kalo terkena pnyakit batuk2 nih..ahaksssssss...tdo..tdo..tdo..zzzZZZzzz...sj je type kt cni..nk ilgkan stress..hmm..lamenyer x jumpe husna..rindu lak kt die..lagi rindu kat membe2 unikop dlu..bila la nk p sane yek melawat dorg tuh..dayah..rindu kat awk jugak..nant dpt baby,bgtau org tau..erm..nk cte pe lg yek??? haaa...x sabarnye nak lek kg raya..xuraaa...jom balikkkk....hehe...si xura nih ha...rindu sgt nk blik penang..kuang3x...pdahal org yg type nih pun same jerkk...hehehe..actually..dah lame sgt x tulis diari..dlu time dok unikop..mmg feeling abis wat diari..rajin tuh...tiap2 ari..tgh2 mlm ar..baru ade feel...huhu....


--->> sara n dayah..miz u a lot..:-(
rindunyer kat korg..hukhuk..
















-->>Haaa..ni senior2 time kat
kolej dlu..bila la leh jumpe dorg lg yekk...

csten unikop mmg rjin wat gathering nih..ahaksss...junior2 pun same..

kak nurma pe cte eh? lame xdgr cite..rindunyer kat kak nurma..hukhuk..pejam celik...pejam celik..sdar xsdar..kjap jerk mase berlalu kan..rase cam baru smlm msuk kolej unikop nih..lecturer pun mmg bestttt...sporting..membe2 pun beshhh..byk bnda baru blaja kt cni dlu....pengalaman lalu byk mengajar syaa erti idup yang pnuh cabaran nih..chewah...chewah..bermadah puisi lak syaa nih yek..hehe..ala..skali sekala...bukan slalu kan..haha..erm..k.la yekk..len kali cte lg..(^_^)

salam semua..gudnite...

Adab Bersolek Cara Islam...(^_^)  

Posted by: Eisyaa

Adab ini adalah amalan yang diamalkan oleh Nabi Yusuf A.S. yang telah diangkatkan darjat dari hamba menjadi seorang pembesar..

Barangsiapa yang mengamalkannya setiap hari dan sebati dalam hidupnya, maka mereka akan sentiasa dipandang manis, berseri dan dikasihi pada setiap mata yang memandangnya. Ia juga merupakan rahsia awet muda dan Insya Allah apa yang dihajati akan tercapai...

Amalan:
Apabila menghadap cermin bacalah:
1. Selawat 3 X
2. Bismillahirahmanirahim segala puji bagi Allah yang memperbaiki tingkah laku maka perhaluskan budi pekertiku
Sentuh muka dengan jari dimulakan dengan
1. Mulut
2. Hidung
3. Mata
4. Dahi

Mulalah bersolek. Setelah selesai

Baca Bismillahirahmanirahim

Doa nabi Yusof (surah Al Baqarah ayat 165) 10X
Sambil niat apa yang terjadi sambil merenung ke
1. Mulut
2. Hidung
3. Mata
4. Dagu

Ketabahan & Ketetapan Hati...  

Posted by: Eisyaa


Tips unTuk jd InSan CemerLang.......  

Posted by: Eisyaa

Tatacara makan & minum

* Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~
ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd
pakar pemakanan, vit C dari buah2an yg dimakan
selepas breakfast, lunch & dinner yang akan
diperolehi adalah approaching 0%.

* Jangan minum air semasa sedang makan
(breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-
30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk
yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about
10s then baru telan. Teguk kedua & seterusnya
boleh minum terus ~ sbb air liur ada enzyme yg
boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, &
so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.

* Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut
sunnah
(Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan
Ramadhan saja ie masa maghrib), sbb, bagi yg
tgh study (or anak2), otak akan berfungsi
excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs slps
makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm
baru start study and most probably hanya boleh
bertahan hingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tak
byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan
pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour).
Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana
boleh menghindar dari membuat sembahyang
malam)

* jangan mkn benda2 masam, semut.

Tatacara di bilik air

* Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran
sikit) ~ boleh elak drpd dapat batu karang

* Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke
kiri ~ ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut
akan tekan bladder and senang buang air besar

Tatacara semasa tidur

* Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira
siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.

* Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita
hendak ~ sepanjang tidur, otak akan generatekan
all of our wish & InsyaAllah, kita akan work
towards it (ada semangat) di keesokan harinya.

*tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg
terletak sblh kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan
mudah berdegup (perjalanan darah okay) and
otak akan develop excellently.

Tatacara didik diri sendiri

* Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru)
selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw)
bersabda, sst amalan yg diamalkan sekitar 21-30
hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau
tak, ilmu itu akan mati

* Buang segala rasa hasad dengki, dendam &
lain2 yg-ve ~ emosi2 ni akan membenarkan otak
release excessive adrenaline, cortisone & toxine
yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit
cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sblm
waktunya), selalu sakit perut & etc


Ada 3 kategori manusia :-
BERJAYA : Hari ni lebih baik drpd smlm
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi
apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar
kita"

Sakitnya Mati...  

Posted by: Eisyaa

Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah.

Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak. Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali.

Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: "Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga ratus tetakan. Bayangkanlah sendiri.

Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup hidup,dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tida mampu menghilangkannya.

Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut, malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-

Sebelum tidur:
1) Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali

2) Selawat ke atas Nabi

3) Membaca tasbih

Amalan harian:
1) Sentiasa membaca Al-Quran

2) Memelihara solat terutama solat fardu

3) Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan

4) Membaca tasbih

5) Membanyakkan sedekah

6) Sentiasa berzikir menyebut Allah

Amalan yang perlu dijauhi:
1) Dusta

2) Khianat

3) Mengadu domba

4) Kencing berdiri

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil."

Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga.

Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah. Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?" Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."

Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu." Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata: Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)." Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa AS hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut."

Wassalam...

Jika...  

Posted by: Eisyaa

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia.
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.
Allah sudah menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja.
Allah sedang menunggu bersamasamamu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu..
Allah sentiasa berada di sampingmu.

Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi.
Allah mempunyai jawapannya.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan.
Sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur..
Allah telah pun memberkatimu

Ketika sesuatu yg indah terjadi & kau dipenuhi ketakjuban.
Allah akan tersenyum kepadamu Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu…
Oleh itu ingatlah bahwa di manapun kau atau ke manapun kau berada...
Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu.
Bila Allah makbulkan doa kita..maka bertambahnya iman kita...bila DIA tangguhkan doa kita..bermakna bertambahnya kesabaran kita...bila DIA tidak mendengar rintihankita...maka..ALLAH mengatur yang terbaik buat kita.Bila Allah cepat maqbulkan doamu, maka dia menyayangimu,
Bila dia lambat maqbulkan doamu, maka dia ingin mengujimu,
Bila dia tidak maqbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu,
Oleh itu sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan sekalipun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaannya...

MoTivaSi BerTeruSan...  

Posted by: Eisyaa

"Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi,
Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian,
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran,
Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan,
Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat"

Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu...

KEAZAMAN UNTUK BERJAYA di atas kegagalan anda semalam
binalah bangunan hidupmu buat hari esok letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam, ukirkan menara-menara yang hebat, bagi membenam lembah-lembah air mata kehampaan.

Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang. Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan, bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan.

Zikir PendAmai hAti...  

Posted by: Eisyaa

Pengertian zikir adalah mengingat Allah atau menyebut Allah. Jika seandainya kita selalu berzikir, sudah tentu kita selalu menyebut dan mengingati Allah.

Ketahuilah bahawa dalam Al-Quran banyak ayat yang menganjurkan supaya sentiasa berzikir kepada Allah seperti tertera dalam surah Al-Baqarah ayat 152 yang membawa maksud "Maka berzikirlah kamu akan Aku supaya Aku menyebut akan kamu dan syukurilah olehmu akan Aku dan jangan kamu ingkari akan (nikmat Ku)"

Dalam surah Al- Anfaaal ayat 45 turut membawa Maksud: "Ucapkanlah olehmu akan Allah dengan sebutan yang banyak supaya kamu beroleh kemenangan" Juga dinyatakan dalam surah Ar-ra'du ayat 28 yang membawa maksud: "Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan zikrullah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram"

Manakala Rasulullah pula bersabda: "Tidak duduk satu jamaah mengucapkan zikrullah, melainkan (di tempat itu) sudah dikelilingi malaikat yang dipenuhi rahmat dan diturunkan kepada mereka sakinah atau ketenangan hati".

Perlu diketahui pula jika sesaorang yang tidak pernah berfikir dan mengingati Allah, maka Allah akan menurunkan syaitan sebagai teman dalam hidupnya. Allah berfirman dalam Al-Quran surah Al-Araf ayat 204 bermaksud: "Barang siapa yang berpaling akan zikir kepada Allah, maka kami turunkan kepadanya syaitan yang terus menerus menjadi kawan seiring baginya".

Dengan demikian bertapa hikmah daripada zikir itu, disamping mendapat pahala daripada Allah. Bagi yang membaca hatinya akan menjadi tenteram dan penuh sakinah dalam kehidupannya.

Desa fm.org



Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Grapes Nasyid