Bismillahirrahmaanirrahiim..
Assalammualaikum wbt..
Zulkaedah adalah bulan kesebelas dalam taqwim Hijrah. Zulkaedah ertinya tempat duduk.
Peristiwa-peristiwa
bersejarah yang berhubungkait dengan ibadat haji dan umrah berlaku
dalam bulan ini, iaitu pada tahun ke 7 Hijriah, Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam telah memimpin umat Islam menuju ke Mekah untuk
mengerjakan umrah yang pertama.
Amalan-amalan sunat di bulan
Zulkaedah adalah sama seperti amalan-amalan sunat di bulan-bulan lain.
Tiada amalan-amalan istimewa yang khas untuk bulan Zulkaedah yang
menjadi amalan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ataupun para
sahabat mahupun salafus-soleh. Kita dianjurkan untuk meningkatkan
amalan-amalan baik dari hari ke hari tanpa mengira apa jua bulan dalam
taqwim. Tingkatkan mutu amalan-amalan fardhu dan tambah amalan-amalan
sunat pada setiap masa seperti yang disarankan oleh Islam tidak kira di
dalam bulan mana sekalipun.
Yang penting adalah niat yang disertakan keikhlasan. InsyaAllah..