Bismillahirrahmaanirrahiim..
Assalammualaikum wbt..
PERISTIWA 10 MUHARRAM
10 Muharram – Dinamakan juga ‘Hari Asyura’. Pada
hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan
bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan
kebenaran. Bertanya para sahabat: “Wahai Rasulullah! Apakah kelebihan 10
Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain?” Jawab Baginda SAW:
1.Allah SWT menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya
2.Allah SWT menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
3.Diciptakan lautan pada 10 Muharram
4.Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
5.Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
6.Diciptakan Nabi Adam AS pada 10 Muharram
7.Dimasukkan Nabi Adam AS ke dalam syurga pada 10 Muharram
8.Dilahirkan Nabi Ibrahim AS pada 10 Muharram
9.Diselamatkan Nabi Ibrahim AS dari api Namrud pada 10 Muharram
10.Diselamatkan anaknya Nabi Ismail AS dari sembelihan pada 10 Muharram
11.Ditenggelamkan Fir’aun pada 10 Muharram
12.Diampunkan kesilapan Nabi Daud AS pada 10 Muharram
13.Dilahirkan Nabi Isa AS pada 10 Muharram
14.Dikeluarkan Nabi Yunus AS daripada perut ikan Nun setelah berada didalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram
15.Disembuhkan penyakit Nabi Ayub AS pada 10 Muharram
16.Diangkat Nabi Isa AS ke langit pada 10 Muharram
17.Diterima taubat Nabi Adam AS pada 10 Muharram
18.Dianugerahkan takhta kerajaan kepada Nabi Sulaiman AS
19.Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
20.Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
21.Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
22.Diselamatkan bahtera Nuh AS daripada tenggelam sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan pada 10 Muharram
Peristiwa lain
1.Allah SWT menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
2.Diangkat Nabi Idris AS ke langit pada 10 Muharram
3.Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
4.Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah.
5.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
6.Allah SWT menjadikan ‘Arasy.
7.Allah SWT menjadikan alam.
8.Allah SWT menjadikan Malaikat Jibril.
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah RA berkata: “Hari
Asyura ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari
turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula
hari tenggelamnya Fir’aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa AS dan
Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat, engkau
berpuasalah pada hari Asyura.”
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata: “Barangsiapa
yang melapangkan pada keluarganya pada hari Asyura, maka Allah SWT akan
meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.” Sufyan berkata: “Telah kami cuba, maka rasakan kebenarannya.”
Said bin Jubair dari Ibn Abbas RA berkata: “Ketika Nabi SAW baru
berhijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Asyura,
maka ditanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka: “Hari itu Allah
memenangkan Nabi Musa AS dari Bani Israil terhadap Fir’aun dan kaumnya.
Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini”. Maka sabda Nabi SAW: “Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu“, maka Nabi SAW menyuruh sahabat supaya berpuasa.
Abul Laits berkata: “Dinamakan Asyura kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram.” Ada lain pendapat yang mengatakan hari Asyura kerana Allah SWT telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan:
1.Allah SWT telah menerima taubat Nabi Adam AS
2.Allah SWT menaikkan darjat Nabi Idris AS
3.Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh AS
4.Nabi Ibrahim AS dilahirkan pada hari Asyura dan diangkatkan sebagai ‘Khalilullah’ (Kekasih Allah) juga diselamatkan dari api.
5.Allah SWT menerima taubat Nabi Daud AS
6.Allah SWT mengangkat Nabi Isa AS ke langit
7.Allah SWT menyelamatkan Nabi Musa AS
8.Allah SWT menenggelamkan Fir’aun
9.Allah SWT mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
10.Allah SWT mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman AS
Semua ini terjadi pada hari Asyura. Sebahagian lain berpendapat,
dinamakan hari Asyura kerana ia kesepuluh dari kemuliaan-kemuliaan yang
diberikan Allah SWT pada umat ini..