Panduan Menyambut Aildilfitri Cara Sunnah..^_^  

Posted by: Eisyaa

Bismillahirrahmaanirrahiim..
Assalammualaikum wbt..

Meraikan Aidilfitri waktu kanak-kanak memang meriah. Tapi takkan nak meraikan hari raya dengan cara yang sama bila umur kita makin meningkat. Betulkah cara kita menyambut hari lebaran selama ini? Mari kita lihat tatacara yang betul sempena menyambut hari raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba nanti.
Antara perkara yang baik dilakukan adalah:
1. Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah sabit dilihat. Sesungguhnya laungan takbir itu bukanlah semata-mata untuk memeriahkan suasana hari raya sahaja, tetapi sebagai tanda syukur kita terhadap anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
2. Pada pagi hari raya pula, sunat mandi dengan niat kerana kedatangan Aidilfitri dan bukan mandi semata-mata hanya untuk membersihkan diri.
3. Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok.
4. Sunat memakan buah kurma dengan bilangan yang ganjil sebelum ke masjid bagi menunaikan sembahyang sunat hari raya.
5. Menunaikan sembahyang sunat hari raya secara berjemaah dan mendengar khutbah raya.
6. Sunat doa mendoakan dan mengucapkan tahniah di antara satu sama lain.
7. Aidilfitri adalah suatu ibadat oleh itu jangan dicemari dengan aktiviti yang boleh merosakkannya seperti berfoya-foya, berpeleseran tanpa tujuan, menonton wayang, berpasang-pasangan dengan yang bukan muhrim, bergaul bebas lelaki dan wanita bukan muhrim dan sebagainya

Semoga raya kali ini lebih baik dari tahun yang sudah-sudah ya! Sebar-sebarkanlah! Selamat menyambut hari raya Aidilfitri 1435 Hijrah!

Desa fm.org



Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Grapes Nasyid