Exam...PerJuAnGan PerLu DiTerUSkAN..(^_^)  

Posted by: Eisyaa

Assalammualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...

Exam...exam..exam..
Sememangnya peperiksaan satu kaedah penilaian untuk mengukur pencapaian akademik atau kemahiran seseorang pelajar. Sekiranya keputusan diperoleh amat memberangsangkan, ini menjadi titik permulaan untuk mendapatkan kejayaan seterusnya di samping beberapa peluang keemasan yang turut tersedia di hadapan. Bagaimanapun, semakin dekat tarikh peperiksaan, semakin tinggi pula rasa bimbang dan takut. Situasi ini biasa bagi remaja yang bakal menduduki peperiksaan, tetapi jika tekanan itu berlarutan sehingga anda jatuh sakit, ia tidak boleh dibiarkan.

Panduan di bawah ini mungkin boleh membantu anda untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang bakal dihadapi dan pada masa sama, menghindar tekanan dan perasaan bimbang.

- Jangan biarkan masalah peribadi mengganggu anda

Jika ada masalah di rumah atau teman, jangan fikirkannya kerana ia boleh mengganggu tumpuan anda. Asingkan masalah belajar dengan masalah peribadi supaya anda boleh menghadapi peperiksaan dengan tenang.


- Baiki kelemahan

Kelemahan dan kesilapan dalam sesuatu mata pelajaran perlu dibaiki supaya ia tidak berulang ketika menjawab soalan peperiksaan. Ia juga dapat membantu anda menjadi lebih yakin.

- Kurangkan aktiviti santai

Jika kebiasaannya anda sering menonton televisyen, bermain permainan video atau melayari internet, lupakan ia sebentar ketika peperiksaan semakin hampir. Jika ada kawan-kawan yang cuba mempengaruhi untuk turut sama dalam aktiviti ini, anda perlu berani mengatakan tidak.

- Jangan memberi tekanan kepada diri

Anda perlu tenang apabila menghadapi peperiksaan. Kawal diri agar tidak terlalu memikirkan mengenainya sehingga menjadikan anda panik dan menyebabkan segala-galanya tidak terurus.

- Pastikan kesihatan berada pada tahap terbaik

Pastikan anda mendapat tidur dan rehat secukupnya serta amalkan pemakanan sihat. Selain itu anda dinasihatkan supaya tidak membabitkan diri dalam sebarang aktiviti lasak yang mempunyai risiko kecederaan tinggi.

- Dapatkan sokongan keluarga

Sokongan, kerjasama serta perangsang daripada ahli keluarga amat penting untuk membantu anda belajar dengan baik dan berjaya dalam peperiksaan.




Tip menghilangkan rasa panik ketika menduduki peperiksaan:

- Berhenti sebentar dan duduk dalam keadaan tegak serta tenangkan fikiran.

- Jangan fikirkan kemampuan orang lain dan hanya fikirkan mengenai kemampuan anda untuk melakukan yang terbaik.

- Sekiranya gagal menjawab soalan yang dihadapi, jawab soalan lain yang lebih mudah. Ia boleh mengurangkan tekanan anda.


- Berdoa kepada Tuhan supaya anda dikurniakan ketenangan.


"Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang. Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan".

Sahabatku..mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang. (^_^)
Selamat Berjuang Wahai Sahabatku..Semoga Allah memberkatimu...

Resepi kek usaha kejayaan..

Bahan-bahannya;

250 gm Daya usaha
100 gm Kesabaran
100 gm Keimanan
190 gm Keinsafan
150 gm Pengorbanan
150 gm Campuran akhlak mulia
( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )
8 sudu the rasa tanggungjawab
200 gm senyum secukup rasa..

Cara-cara membuatnya:

Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.. semoga berjaya..

This entry was posted on 5:28 PM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

2 comments

menarik N3 ni..leh kongsi2 dgn anak murid su...

salam ziarah!

i wanna share pasal problem sayer sorang pemalas...caner nak wat tuh...is is xderk org nak bagi semangat..tolonggggg ..exam dah dekat nih..keje melambak2..how to arrange

Post a Comment

Desa fm.org



Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Grapes Nasyid